Wednesday, December 5, 2012

Cara-cara Menjaga Luka Akibat Daripada Kebakaran

Penjagaan Luka Akibat Daripada Kebakaran

     

RAWATAN  KEBAKARAN DIHOSPITAL

1.    
  .   Nilaikan keadaan am pesakit secara menyeluruh sebelum menilai keadaan luka  
      samaada pesakit sedar atau tidak.
·   Jika terdapat kecederaan pada salur pernafasan, muka / leher – tindakan perlu diambil segera.
·  Perhatikan keadaan pernafasan, bunyi wheezing dan dengar untuk hoarseness of voice (keserakan suara).
·  Jika perlu lawasakan salur pernafasan dengan melakukan sedutan (suction) dan berikan oksigen.
·    Mungkin pesakit memerlukan intubation jika keadaan pesakit tenat.
·  Setelah ventilation pesakit dikekalkan dengan memuaskan, perhatikan pula pada keperluan intravena dan luka.


2.         
  .    Berikan infusi intravena dengan secukupnya terutama untuk kebakaran yang    teruk.
·  Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya renjatan disebabkan kehilangan cecair intravaskular.
·    Infusi intravena perlu dimulakan untuk semua : 
Bagi dewasa – 15 % kawasan terbakar
Bagi kanak-kanak - > 10 % kawasan terbakar
Matlamatnya adalah untuk memberikan cecair yang secukupnya bagi membenarkan perfusi organ-organ penting tanpa ‘overhydrating’  iaitu ‘circulatory overloading’.


Formula pemberian cecair intravena bergantung pada arahan doktor dan protocol institusi masing-masing.

TBSA ( Total Burn Surface Area) – TBSA
Parkland Formula

        4  X  Weight in kg  X   % TBSA Burn


Cecair yang digunakan ialah – Hartman’s solution / Ringer’s Lactate solution.
Keperluan intravena yang telah dikira akan diberikan dalam masa 24 jam dengan pengawasan rapi mengikut jadual dibawah:

* ½ daripada isipadu yang dikira pada 8 jam pertama.
·         ¼ daripada isipadu yang dikira pada 8 jam kemudian.
·         * ¼ daripada isipadu yang dikira pada 8 jam kemudian.

Contohnya:
Seorang pesakit berusia 30 tahun, berat badannya 5 0 kg dan mengalami 40% TBSA pada jam 8.00 pagi. Beliau datang ke hospital pada pukuk 10.00 pagi.

Pengiraan :   4  X  50   X   40

                     =  8000 ml  Hartmans  solution.

Regime

10 am  -  4 pm  =  4000 mls ( 8 jam pertama dari masa kecederaan)
4 pm   -   12 mn   =  2000 mls  ( 8 jam kemudian)
12 mn  -    8 am   =  2000 mls.

·  Kawal pesakit dengan teliti untuk mengelakkan pemberian cecair yang berlebihan (overloading) ataupun berkurangan.
·    Intravena uinfusi dipasangkan didua tempat jika boleh dengan menggunakan branula saiz yang besar.
·    Kadangkala  CVP line akan dipasangkan.
·  Sewaktu kebakaran cecair intravena  akan bergerak sebaik saja selepas proses kebakaran dan tanda-tanda renjatan boleh dilihat selepas beberapa jam.
·    Selepas 24 – 36 jam pergerakan cecair kedalam tisu akan berkurangan.

Penjagaan pesakit

  1. Mengambil tanda vital setiap ½ jam.
  2. Pengkateteran dilakukan dan dimonitor untuk kekalkan pengeluaran urin diantara 30 – 60 mls/jam. Jika amaun urin kurang perlu beritahu doktor. Jika perlu doktor akan menggarahkan pemberian diuretic.
Sampel urin diambil untuk SG, gula, aseton, protein dan darah untuk RBC setiap jam (semasa peringkat akut)
  1. Kadar Hb%, PCV / hematokrit diambil setiap hari (normal – 45% )
BUSE diambil untuk menentukan jenis cecair infusi intravena.
Blood gases setiap 6 jam.
  1. CXR bagi pesakit dengan (extensive burns / inhalation injury)
  2. Suntikan Pethidine diberikan mengikut berat badan secara i/v atau continuous infusion – bagi mengurangkan kesakitan.
  3. ECG untuk major injuries terutama kecederaan elektrik.
  4. Kemaskinikan carta imbangan airan. (i/o chart).
  5. Berat badan pesakit diambil setiap hari.
  6. Selepas  6 – 7 hari, disebabkan kekurangan erythrocyte dan Hb %, pesakit mungkin memerlukan transfusi darah.
  7. Oleh sebab renjatan hipovolemik, maka tiub nasogastrik dimasukkan untuk mengurangkan dilatasi gaster dan pesakit diarahkan nil orally’sehingga bowel sound positif.
  8. Doktor mungkin mengarahkan H2 receptor antogonist dan antacid.
  9. selepas peringkat akut, jururawat perlu perhatikan untukk tanda-tanda infeksi,
contoh : -  suhu badan dan nadi meningkat
-                bau dan discaj dari kawasan terbakar.
  1. Periksa posisi pesakit terutamanya kawasan terbakar dibadan untuk alignment 
  yang baik.


Diet (permakanan)
·         Nil orally pada peringkat awal sehingga bowel sound kedengaran.
·         Diikuti pada permulaannya pemberian cecair yang dihadkan (restricted fluids).

Contoh: Dewasa 100 mls setiap jam.

*Apabila bowel sound telah kembali beri  diet mengikut kemampuan (as tolatrated) – Soft diet kepada normal diet.
*Berikan amaun kalori mengikut keperluan: Tinggi dalam kalori, protin dan vitamin.
*Jika pemberian kalori melalui oral atau tiub nasogastrik tidak mencukupi – i/v TPN diberikan.
*Keperluan yang tinggi bagi kalori, protein dan vitamin adalah untuk membaiki tisu-tisu, pembentukan antibody dan sel-sel darah.
*Vitamin C perlu untuk sintesis kortikosteroid dan membaiki tisu.
*Vitamin B Co perlu untuk system enzim yang diperlukan untuk tindakbalas selular yang normal.

Rawatan luka kebakaran dan kelecuran

Cara Terbuka (exposure / open method)
Dilakukan kepada superficial burn – kebakaran bahagian muka, leher, perineum dan kawasan anggota yang luas.
·    Luka kebakaran dibersihkan dan didedahkan.
·  Eksudat / serum dari partial thickness burn akan kering dalam masa 2 – 3 hari menjadilapisan kulit keras / kerak yang akan melindungi luka.
·    Epitelializasi mengambil masa 2 – 3 hari.
· Luka dibersihkan dahulu untuk keluarkan kekotoran, benda asing dengan menggunakan swab/gauze dan mild soapy solution, distilled water atau normal saline. Jika ada hydrotheraphy bath boleh diberikan.
·   SSD cream (topical antimikrobial ointment) disapu diatas permukaan luka – BD (ikut arahan doctor).
·   ‘Bed cradle’ boleh diletakkan diatas bahagian yang terlibat, dan bahagian  atasnya ditutup dengan sterile sheet untuk mengurangkan kehilangan body heat. Biasanya digunakan bagi rawatan kebakaran muka, leher, kepala dan perineum.

 

Kebaikan cara terbuka

·         Tidak perlu menukar dressing.
·         Kurang peralatan digunakan.
·         Infeksi dapat dikesan dari awal – luka mudah diperhatikan.
·         Boleh dilakukan pada banyak mangsa – jika berlaku bencana.
·         Mudah untuk pesakit bergerak dan ROM sendiri (range of movement).
Kekurangan
·         Hypothermia
·         Kesan psikologi
Bagi luka kebakaran Partial thickness burn – dressing dilakukan samada secara  terbuka atau tertutup. Ini bergantung atas keadaan luka.

Cara tertutup (closed method)
Dilakukan kapada deep burn.
*Dressing pada luka akan dibiarkan selama 1 – 7 hari, tertakluk kpeada keadaan luka.
*Kawasan luka mungkin ditutup dengan topical antimicrobial dan gauze / opsite – SSD atau povidone.
*Jika kelihatan tanda-tanda infeksi pada luka, maka tukaran dressing perlu dilakukan 2 – 4 jam sekali mengikut keadaan luka dan arahan doctor.
*Sebelum dressing dilakukan, gauze yang telah tercemar perlu dibasahkan dahulu (soaking dengan normal saline), untuk mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada pesakit.

Kebaikan closed method

Mengurangkan kehilangan cecair dan haba dari permukaan luka.

Kekurangan

Pergerakan terhad
Mengurangkan keberkesanan senaman ROM.
Penilaian luka terhad. 

7 comments:

  1. Nota yang amat baik untuk mengajar murid-murid mengenai penjagaan luka akibat dibakar.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas galakan daripada saudara.

    ReplyDelete
  3. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    More than 160000 men and women are losing weight with a simple and secret "liquid hack" to burn 1-2 lbs every night in their sleep.

    It is painless and works on everybody.

    Here's how to do it yourself:

    1) Take a clear glass and fill it half full

    2) Now use this weight loss hack

    and become 1-2 lbs thinner the next day!

    ReplyDelete