Showing posts with label Kesihatan Gigi. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Gigi. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Kepentingan Gigi - Masalah Karies Gigi


Punca Terjadinya Karies Gigi

- Gigi yang peka
  Gigi yang mengandung sedikit fluor atau memiliki lubang, lekukan 
   ataupun alur yang menahan plak.

- Bakteria
  Mulut mengandung sejumlah besar bakteria, tetapi hanya bakteria jenis 
  tertentu yang menyebabkan pembusukan gigi. Yang paling sering adalah bakteria 
  Streptococcus mutans.

- Sisa-sisa makanan
  Dalam keadaan normal, di dalam mulut terdapat bakteri. Bakteri ini mengubah semua   
  makanan (terutama gula dan karbohidrat) menjadi asam. Bakteri, asam, sisa makanan 
  dan ludah bergabung membentuk bahan lengket yang disebut plak, yang menempel 
  pada gigi. Plak paling banyak ditemukan di gigi geraham belakang. Jika tidak dibersihkan 
  maka plak akan membentuk mineral yang disebut karang gigi (kalkulus, tartar). Plak dan 
  kalkulus bisa mengiritasi gusi sehingga timbul gingivitis.

    
Karies Gigi - Berupaya menukarkan struktur gigi yang sihat kepada gigi yang bermasalah

Keunikan Tahi Gigi / Plak

a)  Berasal dari air liur.
b)  sukar dilihat  dengan mata kasar kecuali bila sudah terbiar lama.
c)  Tidak hilang / tanggal dengan berkumur.
d)  Hanya dapat disingkir menerusi geseran mekanikal, contohnya pemberusan gigi.
e)  Akan terbentuk semula sebaik sahaja selesai memberus gigi.

Plak / Tahi Gigi

a)  Mengandungi berbagai-bagai jenis bakteria.
b)  Sumber makanan ialah sisa makanan berkarbohidrat ringkas seperti gula, biskut, 
     tepung dan lain-lain. 
c)  Kuman-kuman dalam plak akan bertindak balas dengan sumber makanan ini dan 
     menghasilkan asid.
d)  Asid ini akan melarutkan sktruktur gigi dan lama-kelamaan lubang akan terbentuk.

  
Plak / Tahi Gigi


Perebakan Karies

Bila karies gigi bermula, ia boleh melibatkan 3 lapisan struktur gigi seperti gambar di bawah.

Perebakan Karies

Tanda - Tanda Menghidap Karies Gigi

Peringkat awal karies gigi:
a)  Seseorang itu mungkin TIDAK merasa sebarang masalah / kesakitan.

   
Pembentukan Karies Gigi Pada Peringkat Awal

Jika Dibiarkan..........
a)  Seseorang akan rasa sensitif / ngilu bila mengambil makanan / minuman sejuk, masam 
      atau manis.
b)   Jika tidak dirawat  awal, gigi akan terus mereput hingga ke bahagian lapisan urat saraf dan bekalan
       darah.
c)   Seseorang akan mengalami kesakitan yang amat sangat , rasa berdenyut-denyut dan 
     sukar untuk  tidur malam.
    
Karies Gigi - Membawa kesakitan yang berdenyutan

Peringkat seterusnya… 

a)   Bekalan darah akan terputus dan urat saraf tidak lagi berfungsi.
b)   Seseorang TIDAK  merasa sebarang kesakitan kerana gigi telah mati (bekalan darah 
     terputus / urat saraf tidak berfungsi).
c)   Gigi yang mati tidak mendatangkan kesakitan sehinggalah  terdapat jangkitan kuman pada hujung
      akar gigi.
d)   Jangkitan kuman di bahagian  hujung akar gigi - Gusi bengkak, bernanah, gigi terasa 
      longgar dan sakit bila mengunyah.

 
Gigi  Yang Mati
     
Jangkitan Kuman Di Bahagian Hujung Akar Gigi - Gusi bengkak dan bernanah.

Kepentingan Gigi - Masalah Pergigian


MASALAH PERGIGIAN

Kerosakan gigi (Karies gigi)

Kerosakan gigi atau karies gigi adalah penyakit yang berkait rapat dengan diet dan ramai orang mengalaminya.

Apakah yang menyebabkan gigi rosak?

Gigi rosak disebabkan oleh bakteria dalam plak yang menghasilkan asid daripada makanan berkanji dan gula. Kerosakan gigi lebih dipengaruhi oleh kekerapan memakan makanan manis dan bukannya berapa banyak yang yang dimakan.


Proses Pembentukan Karies Gigi - Karies yang telah merebak akan menyebabkan rasa sakit berdenyut.

Tuesday, November 6, 2012

Powerpoint - Kepentingan Gigi: Amalan Pemakanan Yang Sihat Untuk Penjagaan Gigi


Kepentingan Gigi - Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Gigi ( Huraian Secara Spesifik )

Buah yang kaya vitamin C

buah belimbing, jambu, kiwi, limau bali, limau manis, rambutan strawberi mempunyai kandunan vitamin c yang tinggi untuk menjaga kesihatan gusi.Kajian ada menunjukkan bahawa gusi akan rosak sekiranya pengambilan vitamin c yang kurang mencukupi.

Buah Yang Kaya Dengan Vitamin C

Makanan yang mempunyai vitamin B dan asid folat.

asid folat diperlukan dalam jumlah yang besar untuk menjaga gusi dan seluruh kawasan mulut. Vitamin B didapati pada sayuran hijau dan ragi.
 
Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin B & Asid Folat




Lobak Baik Untuk Kesihatan Gigi
Lobak
kandungan didalam lobak boleh melambatkan aktiviti bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan gigi reput.
 
 Bijan Baik Untuk Tulang Di Sekitar Gusi

 
Bijan
bijan hitam dan putih bermanfaat bagi pertumbuhan gigi. Bijan kaya dengan mineral dan kalsium untuk tulang disekitar gusi.Pengambilan bijan juga boleh membersihkan plak gigi.
 
Keju Menyimbangkan pH Dalam Mulut
Keju
Mampu menyimbangkan pH dalam mulut. pH asid dalam mulut mampu menyebabkan pertumbuhan bakteria yang mendorong gigi berlubang.
Pengambilan keju juga akan membentuk kembali email gigi dan menghasilkan saliva (air liur) yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan gigi reput dan sakit.komposisi karbohidrat dalam keju yang rendah dan tinggi kalsium, dan juga kandungan fosfur mampu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab gigi reput.

Bawang Bombay - Bunuh Bakteria Dalam Mulut
Bawang Bombay
ramai diantara kita yang kurang selesa dengan bau mulut setelah memakan bawang. Namun, mengunyah bawang boleh membunuh bakteria dalam mulut kerana mengandungi sulfur
Bawang Putih - Redakan Sakit Gigi
Bawang putih
Bawang putih mengandung zat tertentu yang dapat meredakan sakit pada gigi.
Seledri - Bunuh Bakteria Streptococccuc
Seledri
makanan yang baik dimakan mentah kerana penghasilan saliva lebih banyak dan mampu membunuh bakteria Streptococcus penyebab gigi berlubang.

Teh Hijau - Bunuh Bakteria Yang Ubah Gula Menjadi Plak
Teh hijau
mengandungi Catechins yang mampu membunuh bakteria dalam mulut yang mengubah gula menjadi plak.