Wednesday, December 5, 2012

Selamatkan Diri Daripada Kebakaran


Langkah-langkah Untuk Mencegah Dan Terselamat Kebakaran Rumah


Harta
Untuk terselamat dari kebakaran, anda mesti bersedia untuk bertindakbalas dengan cepat. Jangan cuba menyelamatkan apa-apa barang kepunyaan anda semasa kebakaran. Adalah menjadi idea yang yang baik untuk mempunyai satu polisi insuran kebakaran dan pastikan bahawa barang-barang berharga anda disimpan didalam peti simpanan deposit bank.

Gril (Besi Pengadang)
Pasang gril (pengadang besi) yang berciri mesra pengguna, yang mana boleh dibuka daripada dalam. Terdapat  beberapa kes di mana ahli bomba tidak dapat bertindak dengan segera untuk membantu mangsa hanya kerana besi pengadang tidak dapat dibuka dan menjadi perangkap maut. Pastikan anda memasang besi pengadang yang mesra pengguna di rumah anda.

Mancis / Bahan-Bahan Bakar
Jangan tinggalkan kotak mancis, batang mancis, pemetik api, lilin dan lingkaran ubat nyamuk tanpa penyeliaan atau terbiar di merata-rata tempat. Kanak-kanak boleh bermain dengan benda-benda tersebut tanpa menyedari bahayanya. Simpan semua mancis dan pemetik api ditempat tinggi (lebih tinggi dari ketinggian bahu orang dewasa, jauh dari jangkauan kanak-kanak, dan lebih baik lagi kalau ia disimpan di dalam laci yang berkunci.

Kunci
Pastikan semua kunci-kunci pintu keselamatan dirumah anda diletakkan ditempat yang mudah dicapai  dan dilabel dengan terang pada setiap masa.

Pintu Kecemasan Kebakaran
Jangan kunci atau halang pintu kecemasan kebakaran, muka pintu, laluan keluar atau tangga. Rancangkan jalan keluar api anda dan jamin bahawa setiap orang di dalam keluarga anda tahu sekurang-kurangnya dua terlepas dari perjalanan (termasuk tingkap) Dan biasa dengan semua jalan keluar daripada bangunan anda.

Bahan-Bahan Yang Boleh Terbakar Dan Mudah Terbakar
Jangan simpan akhbar lama atau bahan mudah terbakar lain di bawah tangga. Buangkannya  selalu.

Asap
Dalam kebanyakan kejadian kebakaran, mangsa mati dalam masa seminit kerana menyedut asap kebakaran. Elak daripada menyedut asap tersebut, sentiasa rendahkan diri ke lantai dan merangkak keluar dengan selamat.

Kesaratan Elektrik
Jangan terlebih guna elektrik pada setiap poin elektrik. Pastikan adapter elektrik yang digunakan mendapat kelulusan dari SIRIM dan keluarkannya dari plak elektrik bila tidak digunakan.

Puntung Rokok
Kelalaian semasa menggunakan bahan-bahan merokok merupakan penyebab utama terjadinya kecelakaan kebakaran rumah. Jangan merokok di atas katil atau ketika anda sedang pening, mabuk, atau selepas makan ubat. Jangan biarkan tempat abu rokok menjadi begitu penuh hinggakan abu rokok panas mungkin boleh terkeluar. Tekan atau basahkan puntung rokok sebelum membuangnya ke dalam bakul sampah.

Tangga kecemasan
Gunakan tangga semasa kebakaran, elak dari menggunakan lif. Jangan biarkan tangga berselerak dengan benda-benda lain. Pintu kecemasan kebakaran bukan sahaja menyediakan laluan keluar ketika kebakaran tetapi ia juga mengelakkan api dan asap dari merebak dengan cepat.

Tangki Gas LPG
Pastikan kesemua tiub gas diselenggara pada setiap tempoh masa yang tertentu. Periksa sebarang kebocoran. Dan jangan letakkan apa-apa pun benda yang panas diatas tangki gas tersebut.

Pengesan Asap
Pengesan asap akan dapat mengesan asap pada peringkat permulaan sesuatu kebakaran. Ia memberitahu anda sekiranya terdapat kebakaran yang sedang marak, walau di bilik yang jauh, dan ia memberi anda masa untuk menyelamatkan diri. Penggera ini lebih berguna pada waktu malam terutamanya ketika semua orang sedang tidur.

Selimut basah
Jika berlaku kebakaran, ambil selimut atau tuala, basahkannya dan balutkannya disekeliling badan anda. Tetapkan badan pada kedudukan yang rendah bagi mengelakkan tersedut asap dan keluar dengan segera.

Alat Pemadam Kebakaran
Boleh menyelamatkan nyawa dan harta-benda. Ia boleh mengawal dan memadamkan api pada peringkat permulaan sementara menunggu bomba datang. Simpan satu di rumah anda.



Langkah-langkah Untuk Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

Apabila anda berusaha menyelamatkan diri semasa kebakaran, anda perlulah mengambil langkah yang betul dan tindakan yang tepat untuk menyelamatkan nyawa anda dan keluarga. Perbincangan seterusnya akan tertumpu kepada langkah yang perlu diambil untuk tujuan tersebut.
Menutup Pintu
Sesetengah keluarga lebih suka membiarkan pintu bilik tidur anaknya didalam keadaan terbuka semasa anaknya tidur pada waktu malam. Alasannya agar mereka dapat mendengar suara anak mereka.
Pintu yang terbuka akan mempercepatkan api, asap dan haba merebak kedalam bilik-bilik tersebut sekiranya berlaku kebakaran. Oleh yang demikian adalah digalakkan supaya anda menutup pintu semua bilik agar anda mempunyai lebih masa untuk menyelamatkan diri.
Kepanasan Pintu Sebelum Dibuka
Apabila hendak membuka pintu ruang yang terbakar, anda anda akan terdedah kepada bahaya daripada haba, asap dan lidah api yang boleh mendatangkan kecelakaan.
Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu atau tombol tersebut terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan alternatif.
Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang biasanya memenuhi bahagian bahagian atas ruang.
Jika haba dan asap mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan tutup semua ruang atau lubang dibawah pintu dengan menggunakan tuala, cadar, selimut dan apa sahaja terdapat didalam bilik tersebut.
Menyelamatkan Diri melalui Tingkap
Sekiranya laluan utama terhalang oleh api dan asap, anda boleh berusaha menyelamatkan diri melalui tingkap. Sebelum membuka tingkap, pastikan pintu bilik tertutup rapat bagi mengelakkan api dari merebak sekiranya anda berada ditingkat satu, cuba turun dengan cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan. Keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar melalui tingkap secara membelakang. Bergayut seketika pada sisi tingkap dan kemudian terjun.
Anak-anak boleh dikeluarkan dengan cara menghulurkan mereka ke bawah sekiranya ada orang yang membantu. Jika tiada, cuba turunkan anak anda ke paras bawah sejauh yang mungkin dengan berhati-hati. Namun begitu, jangan anda terjun dahulu dan meninggalkan anak-anak dengan tanggapan mereka akan mengikut anda. Sekiranya mereka enggan terjun, tindakan susulan sudah terlewat.
Tindakan Sekiranya Terperangkap
Sekiranya anda berada di paras melebihi tingkat satu, anda tidak boleh menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap kecuali turun menggunakan tangga, melalui beranda, pokok, garaj kereta ataupun tunggu sehingga ketibaan anggota bomba untuk menyelamatkan anda.
Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawah tingkap. Dengan berbuat demikian udara bersih dapat akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas yang telah dibuka.
Tutup ruang-ruang dibawah pintu denga menggunakan cadar, selimut, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke dalam bilik. Sekiranya terdapat telefon atau telefon bimbit di dalam bilik, segeralah hubungi bomba atau jiran terdekat. Maklumkan kedudukan anda untuk membolehkan tugas menyelamat dilakukan dengan segera. Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap dan suluh dengan lampu picit, atau kibarkan kain bewarna putih/terang agar pasukan penyelamat dapat mengesan kedudukan anda.
Merangkak di bawah Asap
Semasa kebakaran, udara panas dan asap akan memenuhi ruang atas bilik manakala ada sesetengah gas beracun akan turun ke lantai. Udara yang bersih akan berada di ZON SELAMAT untuk bernafas iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30cm hingga 60cm0 dari paras lantai.
Semasa berusaha menyelamatkan diri, jika laluan utama sudah dipenuhi asap, cuba cari laluan lain. Sekiranya tiada pilihan, ikut laluan utama dengan cara merangkak dan pastikan kepala berada di paras ZON SELAMAT.
Pakaian Terbakar
Sekiranya pakaian anda terbakar, berhenti dan jangan lari kerana ini akan memarakkan api tersebut. Rebahkan diri dan tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling diatas lantai bagi memadamkan api tersebut. Anak-anak anda perlulah diajar cara tersebut dan hendaklah dilatih selalu.
Jika anda melihat orang lain terbakar,bantulah mereka. Sekiranya mereka tidak merebahkan diri, anda hendaklah merebahkan mereka atau selimutkan dengan kain gebar (selimut) atau guni basah bagi memadamkan kebakaran tersebut.
Bantuan Kecemasan akibat Kecederaan/Kelecuran
Kelecuran yang disebabkan kebakaran perlulah diberi rawatan segera. Jangan sapukan minyak urut, mentega, kicap dan sebagainya kerana ini akan memburukkan lagi kecederaan tesebut.
Kelecuran
Melecur mempunyai 3 tahap, iaitu :
Melecur Darjah Pertama
Kelecuran sedikit yang melibatkan kebakaran kulit dibahagian luar sahaja.
Melecur Peringkat Kedua
Kelecuran kulit (blistered skin) yang serius dan memerlukan rawatan segera dari mereka yang terali.
Melecur Darjah Ketiga
Kelecuran yang lebih serius melibatkan tisu-tisu didalam badan yang memerlukan rawatan kecemasan dari pegawai perubatan dengan segera.
Rawatan Awal
Untuk melecur darjah pertama dan kedua, sejukkan bahagian melecur dengan mengalirkan air selama 10-15 minit. Langkah ini akan menurunkan suhu permukaan kulit, mengelakkan melecur lebih besar dan mengurangkan kesakitan. JANGAN GUNAKAN AIS!
Untuk melecur darjah ketiga, tutup bahagian yang melecur dengan menggunakan kain yang tidak berbulu. Tunggu sehingga bantuan perubatan sampai. Baringkan mangsa dan jangan buka pakaian kerana ia mungkin terlekat pada bahagian kulit yang melecur.

4 comments:

  1. Nota pertolongan cemas yang lengkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap dapat membantu saudari dalam mata pelajaran PJPK.

      Delete
  2. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    More than 160000 women and men are trying a easy and SECRET "liquid hack" to burn 2 lbs every night while they sleep.

    It is proven and it works with everybody.

    Just follow these easy step:

    1) Grab a drinking glass and fill it with water half glass

    2) Then do this crazy HACK

    and be 2 lbs lighter as soon as tomorrow!

    ReplyDelete
  3. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    Well over 160000 women and men are losing weight with a easy and SECRET "liquid hack" to lose 1-2lbs each night as they sleep.

    It is easy and it works every time.

    Here's how you can do it yourself:

    1) Get a clear glass and fill it up with water half full

    2) And now follow this proven HACK

    and become 1-2lbs lighter when you wake up!

    ReplyDelete