Wednesday, October 31, 2012

cabut gigi.mp4

Cabut Gigi, siapa takut?

Lagu Anak GOSOK GIGI Vol 1

Pentingnya Kesihatan Pergigian



PETUA MENJAGA GIGI KANAK-KANAK



                                                                                  Petua jaga gigi anak
  1. Ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
  2. Elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. Sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur
  3. Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun)
  4. Beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia tiga atau empat bulan bertujuan membersihkan mulutnya dari sisa susu
  5. Apabila anak berusia 10 atau 11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan
  6. Apabila anda dapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor
  7. Sediakan air masak setiap kali makan
  8. Minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman; sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas
  9. Jangan sediakan air manis ketika makan tengah hari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman ‘rasmi’ keluarga
  10. Bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu dua kali setahun.


Kepentingan Menjaga Kebersihan Gigi

Adakah anda telah menggosok gigi?
 
Berikut disenaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.
 
  1. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
  2. Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
  3. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal. Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!



Tuesday, October 30, 2012

Rawatan Luka Kecil


Langkah Asas Melakukan CPR Untuk Kanak-Kanak


Tanda-Tanda Kepatahan


Rawatan Renjatan


Rawatan Kecemasan Tercekik Untuk Kanak-Kanak


Rawatan Kecemasan Tercekik Untuk Bayi Yang Sedar


Rawatan Awal Keracunan


Rawatan Hidung berdarah


Mengawal Pendarahan


Monday, October 29, 2012

LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR 5


LATIHAN MENGHADANG BOLA

Menghadang sendirian 
Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola keranjang dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.

Menghadang berpasangan
Berdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-tengah. Lakukan lonjakkan menegak serentak dengan rakan. Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.

                                    







LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR 4


LATIHAN MEREJAM BOLA

Merejam bola bersendirian
Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan bola. Tumpukan latihan ini kepada lonjakan kaki, bengkokkan badan dan hayunkan tangan. Anda juga boleh menggantungkan bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan lonjakan dan pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.

Merejam bola berpasangan
Seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola dengan tangan terhulur. Apabila rakan memberi arahan 'lompat' ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di tangan rakan. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Seterusnya, minta rakan membuat umpanan secara melambung bola atau pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai perejam bola pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-baiknya lakukan aktiviti ini dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian jaring boleh direndahkan untuk membina keyakinan untuk merejam bola.




LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR 3


LATIHAN MENGUMPAN BOLA

Mengumpan bola bersendirian 
Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika menangkap bola. Lambung bola kemudian lakukan pukulan mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

                                    

Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.

                                      
Mengumpan bola berpasangan
Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar tidak jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika tidak sempat membuat umpanan. 

                                    
Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding. Selang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.


Uji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotan sebaris. Suruh rakan berdiri pada gelung rotan yang pertama. Anda berdiri sejauh 2 atau 3 meter dari barisan gelung rotan. Buat umpanan ke arah rakan anda. Rakan anda hanya menangkap bola pada paras atas kepala. Selepas hantaran dilakukan, rakan anda berpindah ke gelung rotan kedua. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga ke gelung kelima.



LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR 2

LATIHAN PUKULAN SANGGA


Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya lambung bola tinggi dan cuba sangga semasa bola turun. Uji sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke tanah.

                                           


Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.


Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. Bola disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa jatuhkan bola ke tanah.






LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR 1

LATIHAN MELAKUKAN SERVIS


Servis bola lantun
Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada. Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara servis bawah apabila bola melantun melepasi ketinggian pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkat-peringkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan. Kemudian cuba membuat servis bola lantun sehingga terkena jaring. Akhir sekali pukul bola melepasi jaring.
 
                                         

Servis atas bahu tanpa bola
Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang kali. Suruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika melakukan aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan, bengkokkan badan dan hayunkan tangan.

                                        





Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Berdiri sejauh lima meter dari dinding. Lakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan sasaran secara berperingkat-peringkat. Ulangi pukulan sebanyak lima kali pada setiap sasaran.


                                       

                                             






KEPERLUAN DAN ALATAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar dapat juga dimainkan di gelanggang terbuka, misalnya gelanggang bersimen.


                           


Jaring dipasang betul-betul di atas garisan tengah. Dalam pertandingan peringkat bawah 12 tahun, ketinggian jaring ialah 2.10 meter bagi ketegori lelaki dan perempuan.



Saiz bola tampar sama dengan saiz bola sepak tetapi lebih ringan jika dibandingkan dengan bola sepak. Bola tampar mesti berwarna putih dan diperbuat daripada kulit yang lembut atau campuran plastik dan getah.


                                      

Ketika pertandingan setiap pemain dari pasukan yang sama mestilah memakai jersi yang sama warna. jersi dipakai perlulah bernombor di bahagian depan dan belakang. Para pemain juga digalakkan memakai alat pelindung lutut. Alat ini boleh menghindarkan pemain daripada kecederaan ketika bermain. Pilihlah kasut yang sesuai dengan jenis permukaan gelanggang.

     

Sejarah Dan Perkembangan Permainan Bola Tampar

                                    

        Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada ‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.

           Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tenteratentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964. Di Malaysia, permainan bola tampar  mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

Gaya Permainan




- Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff

-Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.

-Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.

         Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Pernahkan anda mendengar ayat ini? “Berlatih sukan ialah mengulangi teknik asas yang membosankan berulangkali…”  Tiada jalan pintas, hanya rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi raket pertama membantu anda mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana anda lebih mengenali serta memahami raket anda.

Spesifikasi Raket








-Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible

-Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)

-Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″)

-Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)

-Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)

-Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long

-Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:

Bahan : hanya raket carbon/graphite

Bentuk : Isometric

Berat : Medium(84-86g)

Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)

Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)

Fleksibiliti : Medium Stiff

Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas

          Jadi anda boleh senaraikan raket-raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ anda dapat pelbagai maklumat yang belum anda ketahui. Untuk kali pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, anda dapat meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan anda.

Keperluan Peralatan Badminton

Keperluan Peralatan Badminton 


            

TEKNIK ASAS MEMEGANG RAKET UNTUK PELBAGAI PUKULAN



TEKNIK ASAS MEMEGANG RAKET UNTUK PELBAGAI PUKULAN


            





Asal Usul Badminton

Asal usul badminton 
             Tidak ada cabang olahraga yang memiliki banyak tanda tanya seperti bulutangkis. Sejarah awalnya, terutama dari mana cabang itu berasal, misalnya. Orang hanya mengenal nama badminton berasal dari nama sebuah rumah (kalau menurut ukuran Indonesia, sebuah istana) di kawasan Gloucestershire, sekitar 200 kilometer sebelah barat London, Inggris. Badminton House, demikian nama istana tersebut, menjadi saksi sejarah bagaimana olahraga ini mulai dikembangkan menuju bentuknya yang sekarang. Di bangunan tersebut, sang pemilik, Duke of Beaufort dan keluarganya pada abad ke-17 menjadi aktivis olahraga tersebut. Akan tetapi, Duke of Beaufort bukanlah penemu permainan itu. Badminton hanya menjadi nama karena dari situlah permainan ini mulai dikenal di kalangan atas dan kemudian menyebar. Badminton menjadi satu-satunya cabang olahraga yang namanya berasal dari nama tempat. 
              Yang kemudian menjadi tanda tanya adalah di Inggris ataukah di India mula-mula permainan seperti yang sekarang dilakukan? Bukti-bukti menunjukkan di Indialah mula-mula peraturan permainan olahraga ini ditulis. Ini terjadi tahun 1870-an. 
               Juga tanda tanya besar bagaimana nama permainan ini berubah dari battledore menjadi badminton. Nama asal permainan dua orang yang menepak bola ke depan (forehand) atau ke belakang (backhand) selama mungkin ini tadinya battledore. Asal mula permainan battledore dengan menggunakan shuttlecock (kok) sendiri juga misteri. Dulu orang menggunakan penepak dari kayu (bat). Dua orang menepak “burung” itu ke depan dan ke belakang selama mungkin. Permainan macam ini sudah dilakukan kanak-kanak dan orang dewasa lebih dari 2000 tahun lalu di India, Jepang, Siam (Thailand), Yunani dan Cina. Di kawasan terakhir ini dimainkan lebih banyak dengan dengan kaki. Di Inggris ditemukan ukiran kayu abad pertengahan yang memuat gambar anak-anak sedang menendang-nendang shuttlecock. 
         Pada abad ke-l6 permainan semacam itu terkenal diantara anak-anak. Pada abad berikutnya, permainan yang biasa disebut juga jeu de volant ini menjadi pengisi acara saat-saat luang di banyak negara Eropa. Kadang-kadang dimainkan oleh satu orang yang memukul-mukul atau menepak-nepak kok itu ke atas, dengan satu atau dua penepak kayu. Sebuah permainan lain yang hampir sama featherball (dengan bola dari kulit ayam yang lunak) dimainkan di Denmark, Jerman, Perancis, dan Swedia. 
         Permainan menggunakan kok memang mempunyai daya tarik tersendiri. Jika ditepak atau dipukul keatas maka begitu "jatuh" (menurun) kok akan melambat, memungkinkan orang mengejar dan menepaknya lagi ke atas. Yang menjadi tanda tanya, bagaimana bisa terbentuk kok seperti sekarang, ada kepala dengan salah satu ujung bulat dan di ujung lain yang datar tertancap belasan bulu sejenis unggas? Bahan-bahan untuk membuat kok memang sudah ada di alam. Bentuk kepala kok, yang bulat, sudah ada di sekitar kita, bisa ditemukan dalam buah-buahan atau batu. Pertanyaannya, bagaimana awalnya bulu-bulu itu bisa menancap ke kepala kok? Ada yang berpendapat, ketika orang sedang duduk di kursi dan di depannya meja tulis, dia melamun dan memikir sesuatu yang jauh. Tanpa disengaja dia mengambil tutup botol, yang terbuat dari gabus, dan kemudian menancap-nancapkan pena, yang ketika itu terbuat dari bulu unggas. Beberapa pena tertancapkan dan jadilah bentuk sederhana sebuah kok. Tentu ini tidak ada buktinya. Hanya kernudian memang terbentuk alat permainan seperti itu, yang sctiap kawasan berbeda bentuknya.
          Apapun evolusi yang terjadi disekitar alat-alatnya, pada abad ke-19 permainan itu menyebar luas di kawasan pinggiran kota-kota Inggris. Rumah-rumah besar dengan ruangan-ruangan dan halaman luas menjadi tempat yang subur bagi permainan itu. Tidak terkecuali di Badminton House tadi. Keluarga Sommerset yang teiah tinggal di rumah itu sejak zaman Charles II kemudian mendapat anugerah gelar sebagai Duke of Beaufort. Di Badminton House itu kini masih ditemukan koleksi menarik peralatan permainan battledore dan shuftlecock-nya. Kok zaman itu dua kali lebih besar dan berat dibanding yang ada sekarang. Panjang "raket" atau battledore-nya sekitar setengah meter dengan kepala bulat. Tidak ada senar. Kayu penepak itu ditutup kertas kulit sehingga kalau seseorang memukul menimbulkan bunyi seperti orang memukul tambur. Begitulah bunyi yang terdengar jika di ruang depan (Front Hall) Badminton House sedang ada permainan battledore. Semua alat itu tersedia di istana ini dan orang yang akan main tinggal datang. 
        Pada tahun 1840-an dan 1850-an keluarga Duke of Beaufort Ke-7 paling sering menjadi penyelenggara permainan ini. Menurut Bernard Adams (The Badminton Story, BBC 1980) anak-anak Duke-tujuh laki-laki dan empat perempuan-inilah yang mulai memainkannya di Ruang Depan. Lama-lama mereka bosan permainan yang itu-itu saja. Mereka kemudian merentangkan tali antara pintu dan perapian dan bermain dengan menyeberangkan kok melewati tali itu. Itulah awal net. Akhir tahun 1850-an mulailah dikenal jenis baru permainan itu. Tahun 1860 itu ada seorang penjual mainan dari London-mungkin juga penyedia peralatan battledore - bernama Isaac Spratt, menulis Badminton Battledore-a new game. Tulisan di situ menggambarkan terjadi evolusi permainan itu di Badminton House. 
              Cerita-cerita di atas didapat dari keturunan Duke of Beaufort yang sekarang. Lain lagi dengan cerita Sir George Thomas, yang selama 70 tahun bergerak di bulutangkis, sebagai pemain dan organisator. Dia dengan jelas memberi waktu tahun 1863-68 sebagai perkiraan awal dari badminton. Ia mengatakan, pada suatu pesta hujan turun dan orang-orang berusaha mencari suatu kegembiraan baru dari permainan battledare yang biasanya. Salah seorang peserta pesta memiliki gagasan cermerlang. "Ia merentangkan tali melintas ruangan dan menyingkirkan semua mainan anak-anak dan badmiton, pada bentuknya yang paling awal, terwujud. Terbukti, hal itu sesuai dengan selera pesta itu dan kemudian menjadi hiburan yang biasa diselenggarakan di rumah itu ... dan rumah itu betapapun dipercaya sebagai asal permainan itu" kata tokoh yang kemudian menyumbangkan piala untuk diperebutkan bagi kejuaraan beregu putra, Piala Thomas. Sir Thomas lebih menyebut seorang pengunjung pesta dibanding keluarga Duke. Betapapun, kemudian keluarga Duke-lah yang memperkenalkan permainan ini ke masyarakat. 
              Itu versi yang menyebut Inggrislah sebagai asal permainan itu. Versi lain menyebut India sebagai asal badminton. Tertulis dalam sebuah naskah tentang peraturan Lawn Tennis, Croquet, Racquets etc yang terbit tahun 1883. Di salah satu bagian yang terdiri dari 10 halaman, pengarang menyebut badminton sebagai 'tenis lapangan yang dimainkan dengan shuttlecock dan bukan bola’. Dalam pembukaan dia menulis tentang sejarah singkat permainan itu dalam empat paragraph kecil 'badminton pertama kali dimainkan; saya percaya di India dan diperkenalkan ke Inggris oleh Duke of Beaufort pada musim panas tahun 1874'. Siapa yang menulis naskah itu tidak diketahui. 
            Encyclopedia Britannica edisi tahun 1911 menulis tentang badminton: “Permainan ini tampaknya muncul di Inggris sekitar tahun 1873, tetapi sebelum itu dimainkan di India, yang saat itu masih popular." Nah, keterangan itu makin menambah tanda tanya tentang asal muasal badminton. 

Galak Pendidikan Jasmani


   


Kebelakangan ini semua orang tertanya-tanya tentang perlaksanaaan Program Satu Murid Satu Sukan (1M1S). KPM telah mengeluarkan satu SPI untuk memberi garis panduan dalam perlaksanaan program ini. Hal ini boleh dijelaskan melalui keratan akhbar Harian Metro yang bertarikh 25 Mac 2011, Jumaat - Galak pendidikan jasmani. Satu kaedah baru yang lebih inovatif perlu dirangka bagi memastikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani lebih segar dan membolehkan pelajar menyertainya dengan lebih aktif lagi. Dengan dunia yang lebih kompetatif dan mencabar ini, kita mengharapkan agar pembangunan modal insan yang dilengkapi dengan kemahiran generik serta kemahiran insaniah dapat dicapai dengan jayanya seawal usia 6 tahun. Justeru itu, satu mekanisme baru perlu dirangka dalam melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang berkarisma serta mempunyai daya kepimpinan, ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi, kemahiran individu dan atitiud yang hebat. Di harap dengan terlaksananya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dapat menampung kekurangan kurikulum lama iaitu dengan penambahan satu elemen lagi iaitu kemahiran MENAAKUL. Jika kurikulum lama banyak menekankan 3M iaitu menulis, membaca dan mengira, maka menaakul adalah kesinambungan daripada ketiga-tiga kemahiran tersebut. Perkara yang paling penting di sini ialah diharap kita dapat mengubah budaya PJ di sekolah-sekolah buat masa ini iaitu "budaya main bola sewaktu kelas PJ".

Senyum-Senyumlah Sayang ( Pendidikan Kesihatan )

Senyum-Senyumlah Sayang ( Pendidikan Kesihatan )


                                      

Begitu manisnya senyuman gadis ini kerana mempunyai gigi yang putih berseri .



Langkah-Langkah Menjaga Kesihatan Mulut

                                                                                    




Marilah Gosok Gigi Sayang !

Empat Langkah untuk Mulut yang Lebih Sihat

1. Berus gigi dengan ubat gigi berflorida sekurang-kurangnya dua kali sehariMemberus gigi sepatutnya 
    mengambil masa tidak kurang dua minit, bermula dengan mencondongkan berus gigi anda pada 
    kedudukan 45° daripada gusi dan memberus ke kiri dan ke kanan atau dari garisan gusi ke luar. 
    Kemudian memberus garisan gusi dengan lembut, bahagian dalam dan permukaan mengunyah pada setiap 
    gigi dengan pergerakan pendek ke luar dan ke dalam. Kebanyakan doktor gigi mengesyorkan 
    penggunaan berus gigi lembut untuk menjaga gusi dan enamel anda. Jangan lupa untuk membersihkan lidah 
    anda kerana ia membantu menghilangkan bakteria yang boleh menjadi faktor nafas berbau (halitosis).

2. Memflos sekerap mungkin Memflos juga sama pentingnya dan anda perlu memflos dengan teknik yang 
    betul – pegang flos agar satu bahagian pendek terdedah untuk digunakan. Masukkan flos dengan 
    perlahan-lahan ke celah gigi. Jika ketat, gunakan pergerakan ke depan dan ke belakang untuk 
    membolehkan flos memasuki ke bahagian sempit. Pegang flos di keliling bahagian depan dan belakang 
    setiap gigi dengan menjadikannya berbentuk “C”. Hal ini akan membuatkan flos menyaluti sekeliling 
    bahagian tepi gigi tersebut. Perlahan-lahan gerakkan flos ke arah pangkal gigi dan ke atas ke bahagian 
    antara gigi dan gusi. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah dengan mengenakan tekanan yang ringan hingga 
    kuat untuk membuang plak di bahagian tersebut.

3. Berkumur dengan pembasuh mulut setiap hari Tahukan anda bahawa 80 peratus bakteria di dalam mulut 
    anda tidak berada pada gigi? Oleh seab itu, adalah amat penting untuk menggunakan pembasuh mulut anti 
    bakteria untuk mencegah pembiakan bakteria dan bau nafas yang tidak menyenangkan. Doktor gigi 
    mengesyorkan penggunaan pembasuh mulut tidak beralkohol kerana ia kurang mendatangkan kerengsaan 
    kepada tekak dan tisu lembut di dalam mulut anda.

4. Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali Berjumpa doktor gigi anda secara kerap 
    adalah penting untuk menghilangkan plak dan mengenal pasti kaviti dan masalah-masalah kesihatan mulut 
    lain. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia mengesyorkan lawatan tidak kurang daripada dua kali setahun, 
    sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa. Doktor gigi anda akan dapat menasihati anda berhubung 
    teknik memberus dan memflos yang betul, justeru, membantu anda memelihara gigi yang cantik berseri 
    sepanjang hidup anda.


* Disarankan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia