Wednesday, November 21, 2012

Alat Pemadam Api


Kepentingan
Kebakaran yang tidak dikawal pada peringkat permulaan akan memberi kesan kesengsaraan.
Alat pemadam api boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan memadamkan kebakaran diperingkat awal dan membantu mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan Bomba.
Menurut teori standard temperature curve, masa yang sesuai memadamkan sesuatu kebakaran adalah diantara 1 hingga 4 minit pertama. Namun demikian jangka masa yang kritikal ini adalah amat sukar bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk sampai ke tempat kebakaran. Kebanyakan alat pemadam api yang digunakan di Malaysia adalah terdiri daripada jenis ABC dan jenis CO2.
Adalah penting mengetahui tentang kelas-kelas api supaya anda dapat menggunakan media pemadaman yang sesuai.
Kelas-Kelas Api, Punca dan Bahan Pemadaman

Kelas Api
Jenis Bahan
Jenis Pemadam Api
Kelas ˜A'
Api Pepejal
Kayu, Kertas, Kain
Air, Debu Kering
Kelas ‘B'
Api Cecair
Minyak, Cat, Varnish, Plastik
Buih, Debu Kering, CO2
Kelas ‘C'
Api Gas
Gas Butana, Gas Acetylene
Debu Kering, CO2
Kelas ˜D'
Api Logam
Logam Potassium, Logam
Sodium, Logam Kalsium
dan Logam Magnesium
Debu Kering
Kelas-Kelas Api
Secara umumnya terdapat 4 kelas api. Anda perlu mengetahuinya supaya anda dapat mengenal pasti kelas api yang terlibat serta media pemadaman yang sesuai untuk memadamkannya. Sila lihat jadual di atas yang memperincikan kelas api dan media pemadaman yang sesuai.
Berdasarkan jadual di atas, terdapat 4 kelas api dan setiap kelas menggunakan alat pemadam api yang berbeza. Namun demikian bagi mengelakkan kekeliruan dalam memilih media pemadaman yang sesuai, anda disyorkan membeli alat pemadam api jenis ABC. Jenis ini besifat serba guna dan dapat memadamkan api dari jenis kelas A, B, dan C yang dikategorikan sebagai common fires.
Kebakaran Logam
Kebakaran melibatkan logam jarang berlaku dirumah kerana ianya memerlukan satu sumber haba yang amat tinggi untuk membakar, dengan itu adalah tidak praktikal untuk mengadakan media pemadaman untuk kelas ‘D' kerana ianya dikategorikan sebagai uncommon fires.
Pemadam Api Jenis Debu Kering ABC
Pemadam api jenis debu kering ABC biasanya menggunakan bahan Sadium Bicarbonate iaitu sejenis bahan yang terbukti selamat digunakan dan amat berkesan untuk memadam kebakaran dari kelas A, B dan C dengan cara menyelimut serta mengganggu tindakbalas berantai sesuatu kebakaran.
Pemadam Api Jenis CO2
Pemadam api jenis CO2 (karbon dioksida) adalah agen pemadam yang bersih (clean agent) dan tidak akan merosakkan komponen-komponen sensitif peralatan elektrik seperti komponen komputer. Sekiranya anda tidak mempunyai pemadam api jenis CO2, pemadam api jenis ABC debu kering boleh digunakan.
Teknik Mengawal Kebakaran Kecil
  • Pastikan keselamatan anda dan orang lain terjamin.
  • Pastikan semua penghuni telah meninggalkan / keluar rumah.
  • Pastikan Jabatan Bomba telah dipanggil.
  • Pastikan saiz api masih kecil dan belum merebak.
  • Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pemandangan anda.
  • Pastikan anda membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran, kerana sekiranya anda gagal memadamkan kebakaran, maka anda tahu bahawa jalan pelepasan adalah dibelakang anda.
Sekiranya api gagal dipadamkan dan menjadi tidak terkawal, tinggalkan tempat tersebut. Pastikan anda menutup pintu terlebih dahulu untuk melambatkan api dan asap dari merebak ke ruang lain.
Tempat Menyimpan Alat Pemadam Api
  • Mudah dilihat.
  • Mudah dicapai.
  • Tempat berisiko tinggi
  • Laluan keluar
Kaedah Menggunakan Alat Pemadam Api
Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
  • P- Pull - Cabutkan pin
  • A- Aim - Halakan nozel ke pangkal (base) api
  • S- Squeeze - Tekan tuil (lever)
  • S- Sweep - Layangkan nozel ke kiri dan kanan
Panduan Membeli Alat Pemadam Api
Sekiranya anda ingin membeli alat pemadam api, pastikan anda mendapat maklumat dan keterangan yang lengkap daripada pihak pembekal mengenai pemasangan, penyelenggaraan, pengujian dan penggunaannya ataupun hubungi Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran untuk nasihat.
Pastikan anda membeli pemadam api yang mempunyai kelulusan SIRIM.
Peringatan
Alat pemadam api adalah amat penting untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Sekiranya anda tidak memiliki alat pemadam api dirumah, peluang untuk memadamkan kebakaran diperingkat awal adalah amat tipis.
Ingatlah alat pemadam api adalah amat penting supaya anda dapat membunuh api itu, sebelum ianya membunuh anda dan ahli keluarga anda.

Jenis-Jenis Kebakaran

Jenis-jenis Kebakaran:

Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;

1. Kelas A
Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas, kain, plastik dan sebagainya.

2. Kelas B
Berpunca dari bahan cecair  yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya.

3. Kelas C
Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya.

4. Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.

5. Kelas E
Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak.

Kebakaran dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan.

Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah di Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.

Berikut adalah jenis pemadam api yang biasa digunakan:

1) Pemadam Api Serbuk Kering ABC


Berat: 12kg atau 3kg
Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.




2) Pemadam Api Karbon Dioksida



Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka






3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC




Berat: 12kg dan 3kg
Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.





Setiap alat pemadam api untuk kegunaan bukan domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak bomba. Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada badan pemadam api tersebut. Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api. 


TINDAKAN APABILA BERLAKU KEBAKARAN 

1. Kenalpasti tempat berlaku kebakaran dan jenis kebakaran, 
2. Cuba kawal dan padamkan kebakaran, bunyikan isyarat kebakaran, 
3. Sekiranya kebakaran merebak, hubungi  Pejabat Pelabuhan, MRCC dan 
Pasukan Bomba dan Penyelamat, 
4. Arahkan orang-orang awam meninggalkan tempat kejadian dan kumpulkan 
mereka di tempat yang selamat, 
5. Teruskan usaha memadam api sehingga pasukan Bomba sampai, 
6. Maklumkan kepada ahli Bomba tempat, jenis dan besarnya api serta 
maklumat lain yang diperlukan, 
7. Beri bantuan kepada Bomba sekiranya diperlukan, 
8. Lapurkan kepada Pengarah Laut Wilayah secepat mungkin dan seberapa 
lengkap maklumat kejadian untuk tindakan beliau. 


Mencegah Kebakaran Di Dapur


Keselamatan Kebakaran Di Dapur

  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.


Kebersihan Dapur

  • Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak.
  • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
  • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.


Cegah Kebakaran

  • Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan tutup dengan cermat.
  • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.


Keselamatan Litar Elektrik Di Dapur

  • Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.
  • Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.
  • Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.
  • Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.
  • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.


Memadam Kebakaran Di Dapur

Kebakaran minyak
Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :

  • Padamkan api dapur.
  • Tutup permukaan dengan tudung.
  • Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
  • Buka penutup perlahan-lahan.
  • Kebakaran Oven atau Ketuhar


Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :

  • Tutup sumber elektrik.
  • Ubah ke tempat terbuka / lapang.
  • Pastikan pintunya sentiasa tertutup.

Langkah- langkah Mencegah Kebakaran


Elemen-elemen dalam segitiga kebakaran adalah HABA, OKSIGEN dan BAHAN, dimana tindak balas kimia berantai diantara ketiga-ketiga elemen tersebut boleh menyebabkan kebakaran. Pengasingan salah satu daripada tiga elemen tersebut boleh mencegah kebakaran daripada berlaku.
      Adalah mustahil bagi kita untuk mengasingkan oksigen dari udara. Jadi, apa yang boleh lakukan untuk mencegah kebakaran ialah dengan cara mengenalpasti bahan serta haba danmengelakkan percantuman kedua-dua bahan tersebut.
      Pencegahan bermakna mengawal/mengelakkan tindak balas kimia berantai daripada berlaku iaitu dengan cara pengasingan elemen bahan dan elemen haba.

Siapa yang Bertanggungjawab?
Pencegah kebakaran adalah menjadi tangungjawab setiap penghuni dalam sebuah rumah.

Kenapa Perlu Pencegahan?
Pemilik ataupun penyewa merupakan penerima utama akibat daripada kebakaran. Kealpaan diri/jiran boleh kehilangan harta benda dan keadaan akan bertambah buruk sekiranya terdapat nyawa yang terkorban. Oleh itu pencegahan adalah amat perlu.

Bahaya Kebakaran di Rumah?
Anda boleh menyelamatkan keluarga dan harta benda anda daripada kemusnahan/ kehilangan akibat dari kebakaran jika anda mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan kebakaran yang asas.

Merokok
    Kecuaian akibat merokok adalah satu punca utama kebakaran dirumah. Jika anda merokok, gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Jangan biarkan bekas abu rokok menjadi penuh yang boleh menyebabkan habuk panas terjatuh. Pastikan putung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
      Jangan sekali-kali merokok diatas katil atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Mancis dan Pemetik Api
Mancis dan pemetik api diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Gas Memasak
(LPG - Liquified Petroleum Gas / Gas Petroleum Cecair)

Gas LPG lebih berat dari udara
Tidak berbau
Tidak berwarna
      Gas yang mudah terbakar (contoh: percikan suis elektrik)
Kandungan utama dalam LPG adalah adalah gas propane dan butane dimana kebakaran wap gas-gas ini diruang udara boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 2,000°C.
Terdapat bauran yang dicampur iaitu ethyl mercaptane. Biasakan dengan bau yang dikeluarkan oleh gas LPG yang disengajakan/tidaksengajakan.
     Gas yang bebas dari selinder akan mencari tempat yang terendah dan mengalir sejauh yang mungkin. Jika dalam pengalirannya ia bertemu dengan percikan api, maka gas akan terbakar sehingga titik mula bocor. Jika percantumannya dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan berlakunya letupan adalah tinggi.
Keselamatan Ketika Memasak
     Jangan memasak apabila anda berasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.

  • Elakan pemegang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan diletakan berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan (amalkan kawasan zon bebas kanak-kanak, jarak tiga kaki atau satu meter).
  • Jangan letakan sebarang bahan mudah terbakar seperti kain, kertas, plastik terlalu hampir dengan dapur memasak.
  • Pastikan rak dapur anda bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak dan dapur (tumpahan bahan masakakan) boleh disambar api.
  • Gunakan pakaian yang tidak longgar beserta lengan pendek bagi mengelakan pakian dari bersentuhan dengan api semasa memasak.
  • Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan yang basah kerana air pada sarung tangan akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tanagn anda melecur.
  • Pusingkan pemegang periuk kearah dalam bagi mengelakan dilanggar atau ditarik oleh kana-kanak.
  • Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi mengelakkan sebarang stim.
  • Ingatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya.
  • Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil.

Kanak-Kanak Bermain Api
Kanak-kanak memang bersifat ingin tahu dan sentiasa tertarik dengan api. Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk memahami bahaya api tersebut.
    Ajarlah anak anda tentang keselamatan kebakaran yang asas terutamanya berkaitan dengan mancis dan pemetik api serta jelaskan bahawa kedua-dua adalah kegunaan yang tinggi dan selamat supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Litar dan Peralatan Elektrik
Peralatan elektrik boleh menyebabkan kebakaran melalui percitkan atau apabila ia terlalu panas. Guna perkakas elektrik bagi tujuan yang dinyatakan sahaja dan ia sentiasa dipasang, diselenggara dan dibaiki oleh seorang yang bertauliah.

Fius dan Pemutus Litar
Fius dan pemutus litar direka untuk memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa jika berlaku lebihan aliran arus. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi sesuatu perkakas elektrik. Jika fius terputus, kenalpasti masalahnya dahulu sebelum mengantikan fius baru. Jangan gunakan fius yang tidak diiktiraf seperti contoh, menggantikan fius yang terbakar dengan wayar.

Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan.
Pastikan terdapat ruang yang mencukupi diantara perkakas elektrik dengan dinding supaya terdapat pengaliran udara bagi mengelakkan kepanasan.
     Periksa semua penyambung elektrik bagi memastikan tiada retakan, wayar terdedah dan longgar. Gantikan wayar yang buruk atau wayar yang kerap panas ketika digunakan. Pastikan semua pendawaian diperiksa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti dan mengatasi kerosakan.

Lampu
Gunakan lampu yang mempunyai tahap pengaliran elektri yang bersesuaian sahaja.

Lilin dan Bahayanya
Dikebanyakkan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya jika bekalan elektrik terputus. Pengendalian lilin yang tidak betul boleh menyebabkan bencana dan statistik menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat salah kendali lilin kian meningkat. Jika anda perlu gunakan lilin, pastikan anda letakkan lilin atas tempat yang stabil. Tempat itu mestilah bukan daripada bahan mudah bakar disamping mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.

  • Jangan biarkan lilin atau sebarang punca api terdedah tanpa diawasi walaupun seketika,terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.
  • Letakkan lilin jauh dari dinding. Langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah bakar.
  • Elakkan dari terjatuh akibat dilanggar oleh binatang peliharaan atau tikus dan jika terjatuh pastikan ia tidak berhampiran/ terkena bahan mudah bakar.
  • Padamkan dan sejukkan batang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.
  • Elakkan memasang lilin didalam bilik tidur. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan ditempat yang bebas dari langsir, kain dan sebagainya.
  • Pastikan lilin yang kedudukannya diatas jauh dari kerusi atau karpet untuk mengelakkan terbakar jika terjatuh.
  • Jangan gunakan lilin yang dipasang bagi melihat/menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.
  • Sentiasa gunakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.

Cecair Mudah Bakar
Semua cecair mudah bakar adalah merbahaya kerana wap yang dikeluarkan oleh cecair mudah bakar boleh membakar dengan mudah. Wap gasolin boleh membakar dengan percikan sahaja.
      Jauhkan semua bekas/ tin bertekanan serta mempunyai aerosol seperti penyembur minyak wangi, penyembur rambut, penyembur racun serangga dan sebagainya daripada punca api yang terdedah. Gas yang terdapat dalam bekas/tin ini boleh mengembang dengan pantas apabila dipanaskan dan boleh meletup serta membakar dengan dasyat.
        Simpan bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar seperti minyak tanah, minyak petrol dan sebagainya jauh dan selamat dari punca api yang terdedah dan juga kanak-kanak.
Jangan merokok atau menyalakan rokok semasa mengisi minyak tanah kenderaan. Wap yang dibebaskan semasa mengisi minyak (petrol/diesel) adalah gas mudah bakar.
       Letakkan bekas mudah alih di lantai sebelum mengisi cecair mudah bakar, contohnya petrol. Jangan mengisi kedalam bekas semasa dalam kenderaan.
       Jangan diisi bekas sehingga penuh. Wap cecair mudah bakar akan mengembang dibawah cuaca biasa dan menambahkan tekanan dalam bekas yang penuh. Biarkan sedikit ruang lega dalam bekas untuk tujuan ini.
      Sifat bebas kebakaran perlu ada dalam diri seseorang. Haba, api, cecair mudah bakar dan perkakas elektrik memang perlu dan berguna kepada kita tetapi harus diingat bahawa benda-benda ini mempunyai risiko kebakaran jika disalah kendalikan.

Ubat Nyamuk / Pelita
Satu lagi punca kebakaran rumah ialah ubat nyamuk yang dugunakan dengan cara-cara yang betul. Semasa meletakkan ubat nyamuk yang dipasang anda hendaklah memastikannya:

  • Tidak berhampiran dengan langsir.
  • Gunakan bekas yang mempunyai penutup.
  • Jauhkan dari tempat mainan kanak-kanak atau kanak-kanak itu sendiri.
  • Jauhi dari hiasan rumah.
  • Jauhi dari tempat tidur bagi mengelakan dari terkana selimut.
  • Awasi kemungkinan dilanggar oleh binatang peliharaan dan juga yang bukan peliharaan seperti tikus.
  • Pastikan tempat yang sesuai serta jauh dari bahan mudah bakar seperti karpet, sofa dan sebagainya.

Peyelenggaraan Pili Bomba
Jadikan pili bomba berhampiran rumah anda sebagai teman anda. Tujuan pili bomba diadakan adalah untuk menyalurkan air kepada jentera bomba semasa digunakan bagi memadam bencana kebakaran. Ia boleh rosak akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh penghuni sekitarnya. Contohnya memasukkan sampah-sarap, kaca dan sebagainya dalam lubang valve.Perkara ini akan melambatkan pergerakan anggota bomba bagi mendapatkan air dari pili berkenaan dan akhirnya akan merugikan anda.

Bagaimana Anda Boleh Membantu

  • Periksa pili bomba berhampiran rumah anda.
  • Pastikan chamber bebas dari sebarang benda asing.
  • Pastikan tiada apa-apa ganguan terhadap pili.
  • Boleh dilihat dari jauh.
  • Tidak berkarat.
  • Memaklumkan kepada pihak Bomba atau JBA jika ada kerosakan.
  • Tidak terkambus dengan tanah.

Lalang dan Semak
Tahukah anda bahawa lalang dan semak yang tidak dijaga atau tidak dipotong dalam kawasan rumah anda atau dikawasan rumah jiran anda boleh menyebabkan kebakaran.
      Diantara tanah dan rumput biasanya terdapat satu lapisan daun-daun dan akar-akar yang kering diatas tanah. Jika lapisan ini terkena punca api yang terdedah seperti puntung rokok, ia boleh merebak dengan pantas dan membakar apa-apa sahaja yang berada di laluannya termasuk rumah anda.
      Apa yang anda boleh lakukan ialah mengingatkan diri anda dan juga jiran-jiran anda bahawa rumput dan lalang yang panjang serta tidak terurus boleh menyebabkan anda kerugian akibat kebakaran dan boleh menjadi tempat binatang merbahaya seperti ular, kalajengking dan sebagainya.

Mencegah Kebakaran di Tempat-Tempat Awam

video

Monday, November 12, 2012

Kepentingan Gigi - Masalah Karies Gigi


Punca Terjadinya Karies Gigi

- Gigi yang peka
  Gigi yang mengandung sedikit fluor atau memiliki lubang, lekukan 
   ataupun alur yang menahan plak.

- Bakteria
  Mulut mengandung sejumlah besar bakteria, tetapi hanya bakteria jenis 
  tertentu yang menyebabkan pembusukan gigi. Yang paling sering adalah bakteria 
  Streptococcus mutans.

Sisa-sisa makanan
  Dalam keadaan normal, di dalam mulut terdapat bakteri. Bakteri ini mengubah semua   
  makanan (terutama gula dan karbohidrat) menjadi asam. Bakteri, asam, sisa makanan 
  dan ludah bergabung membentuk bahan lengket yang disebut plak, yang menempel 
  pada gigi. Plak paling banyak ditemukan di gigi geraham belakang. Jika tidak dibersihkan 
  maka plak akan membentuk mineral yang disebut karang gigi (kalkulus, tartar). Plak dan 
  kalkulus bisa mengiritasi gusi sehingga timbul gingivitis.

    
Karies Gigi - Berupaya menukarkan struktur gigi yang sihat kepada gigi yang bermasalah

Keunikan Tahi Gigi / Plak

a)  Berasal dari air liur.
b)  sukar dilihat  dengan mata kasar kecuali bila sudah terbiar lama.
c)  Tidak hilang / tanggal dengan berkumur.
d)  Hanya dapat disingkir menerusi geseran mekanikal, contohnya pemberusan gigi.
e)  Akan terbentuk semula sebaik sahaja selesai memberus gigi.

Plak / Tahi Gigi

a)  Mengandungi berbagai-bagai jenis bakteria.
b)  Sumber makanan ialah sisa makanan berkarbohidrat ringkas seperti gula, biskut, 
     tepung dan lain-lain. 
c)  Kuman-kuman dalam plak akan bertindak balas dengan sumber makanan ini dan 
     menghasilkan asid.
d)  Asid ini akan melarutkan sktruktur gigi dan lama-kelamaan lubang akan terbentuk.

  
Plak / Tahi Gigi


Perebakan Karies

Bila karies gigi bermula, ia boleh melibatkan 3 lapisan struktur gigi seperti gambar di bawah.

Perebakan Karies

Tanda - Tanda Menghidap Karies Gigi

Peringkat awal karies gigi:
a)  Seseorang itu mungkin TIDAK merasa sebarang masalah / kesakitan.

   
Pembentukan Karies Gigi Pada Peringkat Awal

Jika Dibiarkan..........
a)  Seseorang akan rasa sensitif / ngilu bila mengambil makanan / minuman sejuk, masam 
      atau manis.
b)   Jika tidak dirawat  awal, gigi akan terus mereput hingga ke bahagian lapisan urat saraf dan bekalan
       darah.
c)   Seseorang akan mengalami kesakitan yang amat sangat , rasa berdenyut-denyut dan 
     sukar untuk  tidur malam.
    
Karies Gigi - Membawa kesakitan yang berdenyutan

Peringkat seterusnya… 

a)   Bekalan darah akan terputus dan urat saraf tidak lagi berfungsi.
b)   Seseorang TIDAK  merasa sebarang kesakitan kerana gigi telah mati (bekalan darah 
     terputus / urat saraf tidak berfungsi).
c)   Gigi yang mati tidak mendatangkan kesakitan sehinggalah  terdapat jangkitan kuman pada hujung
      akar gigi.
d)   Jangkitan kuman di bahagian  hujung akar gigi - Gusi bengkak, bernanah, gigi terasa 
      longgar dan sakit bila mengunyah.

 
Gigi  Yang Mati
     
Jangkitan Kuman Di Bahagian Hujung Akar Gigi - Gusi bengkak dan bernanah.