Monday, October 29, 2012

Galak Pendidikan Jasmani


   


Kebelakangan ini semua orang tertanya-tanya tentang perlaksanaaan Program Satu Murid Satu Sukan (1M1S). KPM telah mengeluarkan satu SPI untuk memberi garis panduan dalam perlaksanaan program ini. Hal ini boleh dijelaskan melalui keratan akhbar Harian Metro yang bertarikh 25 Mac 2011, Jumaat - Galak pendidikan jasmani. Satu kaedah baru yang lebih inovatif perlu dirangka bagi memastikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani lebih segar dan membolehkan pelajar menyertainya dengan lebih aktif lagi. Dengan dunia yang lebih kompetatif dan mencabar ini, kita mengharapkan agar pembangunan modal insan yang dilengkapi dengan kemahiran generik serta kemahiran insaniah dapat dicapai dengan jayanya seawal usia 6 tahun. Justeru itu, satu mekanisme baru perlu dirangka dalam melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang berkarisma serta mempunyai daya kepimpinan, ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi, kemahiran individu dan atitiud yang hebat. Di harap dengan terlaksananya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dapat menampung kekurangan kurikulum lama iaitu dengan penambahan satu elemen lagi iaitu kemahiran MENAAKUL. Jika kurikulum lama banyak menekankan 3M iaitu menulis, membaca dan mengira, maka menaakul adalah kesinambungan daripada ketiga-tiga kemahiran tersebut. Perkara yang paling penting di sini ialah diharap kita dapat mengubah budaya PJ di sekolah-sekolah buat masa ini iaitu "budaya main bola sewaktu kelas PJ".

No comments:

Post a Comment