Marilah Gosok Gigi Sayang !
Empat Langkah untuk Mulut yang Lebih Sihat
1. Berus gigi dengan ubat gigi berflorida sekurang-kurangnya dua kali sehariMemberus gigi sepatutnya
mengambil masa tidak kurang dua minit, bermula dengan mencondongkan berus gigi anda pada
kedudukan 45° daripada gusi dan memberus ke kiri dan ke kanan atau dari garisan gusi ke luar.
Kemudian memberus garisan gusi dengan lembut, bahagian dalam dan permukaan mengunyah pada setiap
gigi dengan pergerakan pendek ke luar dan ke dalam. Kebanyakan doktor gigi mengesyorkan
penggunaan berus gigi lembut untuk menjaga gusi dan enamel anda. Jangan lupa untuk membersihkan lidah
anda kerana ia membantu menghilangkan bakteria yang boleh menjadi faktor nafas berbau (halitosis).
2. Memflos sekerap mungkin Memflos juga sama pentingnya dan anda perlu memflos dengan teknik yang
betul – pegang flos agar satu bahagian pendek terdedah untuk digunakan. Masukkan flos dengan
perlahan-lahan ke celah gigi. Jika ketat, gunakan pergerakan ke depan dan ke belakang untuk
membolehkan flos memasuki ke bahagian sempit. Pegang flos di keliling bahagian depan dan belakang
setiap gigi dengan menjadikannya berbentuk “C”. Hal ini akan membuatkan flos menyaluti sekeliling
bahagian tepi gigi tersebut. Perlahan-lahan gerakkan flos ke arah pangkal gigi dan ke atas ke bahagian
antara gigi dan gusi. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah dengan mengenakan tekanan yang ringan hingga
kuat untuk membuang plak di bahagian tersebut.
3. Berkumur dengan pembasuh mulut setiap hari Tahukan anda bahawa 80 peratus bakteria di dalam mulut
anda tidak berada pada gigi? Oleh seab itu, adalah amat penting untuk menggunakan pembasuh mulut anti
bakteria untuk mencegah pembiakan bakteria dan bau nafas yang tidak menyenangkan. Doktor gigi
mengesyorkan penggunaan pembasuh mulut tidak beralkohol kerana ia kurang mendatangkan kerengsaan
kepada tekak dan tisu lembut di dalam mulut anda.
4. Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali Berjumpa doktor gigi anda secara kerap
4. Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali Berjumpa doktor gigi anda secara kerap
adalah penting untuk menghilangkan plak dan mengenal pasti kaviti dan masalah-masalah kesihatan mulut
lain. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia mengesyorkan lawatan tidak kurang daripada dua kali setahun,
sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa. Doktor gigi anda akan dapat menasihati anda berhubung
teknik memberus dan memflos yang betul, justeru, membantu anda memelihara gigi yang cantik berseri
sepanjang hidup anda.
* Disarankan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia
* Disarankan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia
No comments:
Post a Comment