Monday, December 10, 2012

Teknik Permainan Bola Jaring


Kedudukan

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:
Kedudukan bola jaring
Nama kedudukan Singkatan Lawan Kawasan dibenarkan
Goal Shooter GS Goal Keeper. Attacking third, including goal circle
Goal Attack GA Goal Defence Attacking and centre thirds, including the goal circle
Wing Attack WA Wing Defence Attacking and centre thirds, but not the goal circle
Centre C Centre Attacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles
Wing Defence WD Wing Attack Centre and defending thirds, but not the goal circle
Goal Defence GD Goal Attack Centre and defending thirds, including the goal circle
Goal Keeper GK Goal Shooter Defending third, including the goal circle
Fail:Netball-edit2.svg
Gelanggang Bola Jaring

STRATEGI PERMAINAN

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Strategi Untuk Hantaran Tengah

Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas.

Strategi Hantaran ke Dalam

Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.

Strategi Pertahanan

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.

3 comments:

  1. terima kasih kerana bagi tahu cara main bola jaring

    ReplyDelete
  2. Your Affiliate Profit Machine is waiting -

    And getting it running is as simple as 1 . 2 . 3!

    This is how it works...

    STEP 1. Tell the system which affiliate products the system will push
    STEP 2. Add some PUSH BUTTON TRAFFIC (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. See how the system explode your list and up-sell your affiliate products for you!

    So, do you want to start making profits??

    Click here to launch the system

    ReplyDelete