Punca Terjadinya Karies Gigi
- Gigi yang peka
Gigi yang mengandung sedikit fluor atau memiliki lubang, lekukan
ataupun alur yang menahan plak.
- Bakteria
Mulut mengandung sejumlah besar bakteria, tetapi hanya bakteria jenis
tertentu yang menyebabkan pembusukan gigi. Yang paling sering adalah bakteria
Streptococcus mutans.
- Sisa-sisa makanan
Dalam keadaan normal, di dalam mulut terdapat bakteri. Bakteri ini mengubah semua
makanan (terutama gula dan karbohidrat) menjadi asam. Bakteri, asam, sisa makanan
dan ludah bergabung membentuk bahan lengket yang disebut plak, yang menempel
pada gigi. Plak paling banyak ditemukan di gigi geraham belakang. Jika tidak dibersihkan
maka plak akan membentuk mineral yang disebut karang gigi (kalkulus, tartar). Plak dan
kalkulus bisa mengiritasi gusi sehingga timbul gingivitis.
Karies Gigi - Berupaya menukarkan struktur gigi yang sihat kepada gigi yang bermasalah
Keunikan Tahi Gigi / Plak
a) Berasal dari air liur.
b) sukar dilihat dengan mata kasar kecuali bila sudah terbiar lama.
c) Tidak hilang / tanggal dengan berkumur.
d) Hanya dapat disingkir menerusi geseran mekanikal, contohnya pemberusan gigi.
e) Akan terbentuk semula sebaik sahaja selesai memberus gigi.
Plak / Tahi Gigi
a) Mengandungi berbagai-bagai jenis bakteria.
b) Sumber makanan ialah sisa makanan berkarbohidrat ringkas seperti gula, biskut,
tepung dan lain-lain.
c) Kuman-kuman dalam plak akan bertindak balas dengan sumber makanan ini dan
menghasilkan asid.
d) Asid ini akan melarutkan sktruktur gigi dan lama-kelamaan lubang akan terbentuk.
Plak / Tahi Gigi
Perebakan Karies
Bila karies gigi bermula, ia boleh melibatkan 3 lapisan struktur gigi seperti gambar di bawah.
Perebakan Karies |
Tanda - Tanda Menghidap Karies Gigi
Peringkat awal karies gigi:
a) Seseorang itu mungkin TIDAK merasa sebarang masalah / kesakitan.
Pembentukan Karies Gigi Pada Peringkat Awal
Jika Dibiarkan..........
a) Seseorang akan rasa sensitif / ngilu bila mengambil makanan / minuman sejuk, masam
atau manis.
b) Jika tidak dirawat awal, gigi akan terus mereput hingga ke bahagian lapisan urat saraf dan bekalan
darah.
c) Seseorang akan mengalami kesakitan
yang amat sangat ,
rasa berdenyut-denyut dan
sukar untuk tidur malam.
Karies Gigi - Membawa kesakitan yang berdenyutan
Peringkat seterusnya…
a) Bekalan darah akan terputus dan urat saraf tidak lagi berfungsi.
b) Seseorang TIDAK merasa sebarang kesakitan kerana gigi telah mati (bekalan darah
terputus / urat saraf tidak berfungsi).
c) Gigi yang mati tidak mendatangkan kesakitan sehinggalah terdapat jangkitan
kuman
pada
hujung
akar
gigi.
d) Jangkitan kuman di bahagian hujung akar gigi - Gusi bengkak, bernanah, gigi terasa
longgar dan sakit bila mengunyah.
Gigi Yang Mati
Jangkitan Kuman Di Bahagian Hujung Akar Gigi - Gusi bengkak dan bernanah.
terima kasih kerana memberi maklumat yang baik
ReplyDeletesemoga maklumat dalam blog ini dapat membantu sandari menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan PJPK.
ReplyDelete