Sunday, November 4, 2012

Powerpoint & Info Kepentingan Gigi - Bilakah Kanak-kanak Mula Memberus Gigi?

Pemilihan Berus Gigi dan Ubat Gigi Yang Betul

Gunakan berus gigi yang sesuai untuk kanak-kanak :

•          Saiz yang sesuai dengan mulut.
•          Bulu berus yang lembut dan halus.
•          Pemegang berus yang selesa dan boleh dipegang oleh kanak-kanak.
•          Gunakan sedikit ubat gigi berfluorida (sebesar biji kacang soya) apabila kanak-kanak sudah biasa memberus gigi.
•          Ubat Gigi Untuk Kanak-kanak
•          Gunakan ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak sahaja.
•          Jangan benarkan kanak-kanak menggunakan ubat gigi orang dewasa
•          Ini adalah kerana ubat gigi kanak-kanak hanya mengandungi Fluorida pada kepekatan yang rendah (500ppm)

Kepentingan Gigi - Bilakah Mula Memberus Gigi

BILAKAH  KANAK-KANAK  MULA  MEMBERUS  GIGI ?
a)    Sebaik sahaja gigi mula tumbuh.
b)    Apabila kanak-kanak sudah pandai memegang berus gigi tetapi perlu diawasi oleh
ibubapa terutama semasa berusan yang terakhir pada waktu sebelum kanak-kanak
tidur.

Adikku yang tersayang, marilah gosok gigi, ya !
Gigi putih berseri!
Senyuman yang manis!

Friday, November 2, 2012

Powerpoint : Kepentingan Gigi Part 2

Kepentingan Gigi Dan Penjagaan Kesihatan Mulut

KEPENTINGAN GIGI SERTA GUSI YANG SIHAT

Gigi Dan Gusi Sihat
Jangan biarkan semua jangkitan ini terlalu membimbangkan anda kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan.

Tip-tip
· Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.
· Memflos setiap hari.
· Gunakan berus gigi lembut dan ubat gigi.
· Gunakan pembersih mulut dengan kerap.
· Gantikan berus gigi anda setiap tiga bulan atau apabila ia mula menunjukkan tanda-tanda haus.
· Berjumpa doktor gigi setiap 3 – 6 bulan sekali.
· Berkumur dengan baik setiap kali selepas makan.
· Jangan berkongsi berus gigi.
· Elakkan rokok.
· Kurangkan makanan bergula atau jika anda memakannya, berkumurlah dengan air.

Tip-Tip Penjagaan Di Rumah
Setiap kali anda memberus gigi, cuba periksa mulut anda untuk sebarang tanda-tanda luar biasa seperti:
· Tompok-tompok merah.
· Tompok putih yang kembung.
· Ulser di dalam mulut dan pada bibir.
· Kesukaran atau kesakitan menelan.

Memflos
Anda boleh memilih antara:

Flos berlilin atau tidak berlilin – flos berlilin menggelongsor dengan lebih mudah di celah-celah gigi. Walau bagaimanapun, ia tidak membersihkan permukaan gigi seperti flos yang tidak berlilin. Ia boleh didapati di kebanyakan farmasi.

Doktor gigi atau jururawat gigi boleh menasihati anda berhubung teknik memflos yang betul. Jika anda tidak menggunakan teknik yang betul, anda mungkin akan merosakkan tisu gusi dan menghauskan permukaan akar gigi.

Memberus
Gunakan berus gigi yang lembut dan berhujung bulat yang tidak akan merosakkan gigi dan gusi anda.

Terdapat lebih daripada satu teknik untuk memberus gigi. Tanyalah doktor gigi anda untuk nasihat dan demonstrasi salah satu daripada teknik tersebut.
Lidah
Berus lidah dari belakang ke depan untuk menanggalkan bakteria yang menyumbang kepada nafas berbau.

Jangan lupa menggantikan berus gigi anda setiap 2 – 3 bulan atau lebih awal jika bulunya telah rosak. Bakteria membiak pada bulu dan pemegang berus gigi. Kebanyakannya tidak merbahaya, tetapi ada yang boleh mengakibatkan selesema dan jangkitan gusi.

Ingat, perkara pertama yang perlu dilakukan jika anda masih belum berjumpa dengan doktor gigi selama lebih daripada 6 bulan adalah membuat temu janji SEKARANG.

Penjagaan Kesihatan Mulut

Power point p.jasmani  from devakijp

Kepentingan Gigi

Gigi merupakan anugerah anggota badan kita yang sangat berharga. Bagi mereka yang sudah tidak mempunyai gigi, mereka akan merasakan begitu pentingnya gigi dalam kehidupan seharian mereka. Gigi digunakan untuk mengunyah makanan agar makanan lebih mudah dihadam. Jika memakan tanpa gigi, makanan yang dimakan sukar untuk ditelan dan dihadam. Sebenarnya penjagaan gigi perlulah bermula dari peringkat bayi lagi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan gigi anak mereka supaya gigi anak mereka kekal cantik sehingga dewasa kelek.

Kepada mereka yang masih kurang kesedaran untuk menjaga gigi mereka, bolehlah lihat gambar di bawah ini. Mungkin ia boleh membantu??

Anda mahu gigi seperti ini?
TAK NAK??