Gigi Dan Gusi
Sihat
Jangan biarkan semua jangkitan ini terlalu
membimbangkan anda kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan
untuk mencegah jangkitan.
Tip-tip
· Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali
sehari.
· Memflos setiap hari.
· Gunakan berus gigi lembut dan ubat gigi.
· Gunakan pembersih mulut dengan kerap.
· Gantikan berus gigi anda setiap tiga bulan atau apabila ia mula
menunjukkan tanda-tanda haus.
· Berjumpa doktor gigi setiap 3 – 6 bulan sekali.
· Berkumur dengan baik setiap kali selepas makan.
· Jangan berkongsi berus gigi.
· Elakkan rokok.
· Kurangkan makanan bergula atau jika anda memakannya, berkumurlah
dengan air.
Tip-Tip Penjagaan Di
Rumah
Setiap kali anda memberus gigi, cuba
periksa mulut anda untuk sebarang tanda-tanda luar biasa
seperti:
· Tompok-tompok merah.
· Tompok putih yang kembung.
· Ulser di dalam mulut dan pada bibir.
· Kesukaran atau kesakitan menelan.
Memflos
Anda boleh memilih
antara:
Flos berlilin atau tidak berlilin – flos
berlilin menggelongsor dengan lebih mudah di celah-celah gigi. Walau bagaimanapun, ia tidak membersihkan
permukaan gigi seperti flos yang tidak berlilin. Ia boleh didapati di kebanyakan
farmasi.
Doktor gigi atau jururawat gigi boleh
menasihati anda berhubung teknik memflos yang betul. Jika anda tidak menggunakan teknik yang
betul, anda mungkin akan merosakkan tisu gusi dan menghauskan permukaan akar
gigi.
Memberus
Gunakan berus gigi yang lembut dan
berhujung bulat yang tidak akan merosakkan gigi dan gusi
anda.
Terdapat lebih daripada satu teknik untuk
memberus gigi. Tanyalah doktor gigi anda
untuk nasihat dan demonstrasi salah satu daripada teknik
tersebut.
Lidah
Berus lidah dari belakang ke depan untuk
menanggalkan bakteria yang menyumbang kepada nafas berbau.
Jangan lupa menggantikan berus gigi anda
setiap 2 – 3 bulan atau lebih awal jika bulunya telah rosak. Bakteria membiak pada bulu dan pemegang berus
gigi. Kebanyakannya tidak merbahaya,
tetapi ada yang boleh mengakibatkan selesema dan jangkitan
gusi.
Ingat, perkara pertama yang perlu
dilakukan jika anda masih belum berjumpa dengan doktor gigi selama lebih
daripada 6 bulan adalah membuat temu janji SEKARANG.
Maklumat yang sangat jelas dan berguna. terima kasih.
ReplyDelete