Monday, November 12, 2012

Kepentingan Gigi - Masalah Pergigian


MASALAH PERGIGIAN

Kerosakan gigi (Karies gigi)

Kerosakan gigi atau karies gigi adalah penyakit yang berkait rapat dengan diet dan ramai orang mengalaminya.

Apakah yang menyebabkan gigi rosak?

Gigi rosak disebabkan oleh bakteria dalam plak yang menghasilkan asid daripada makanan berkanji dan gula. Kerosakan gigi lebih dipengaruhi oleh kekerapan memakan makanan manis dan bukannya berapa banyak yang yang dimakan.


Proses Pembentukan Karies Gigi - Karies yang telah merebak akan menyebabkan rasa sakit berdenyut.

Tuesday, November 6, 2012

Powerpoint - Kepentingan Gigi: Amalan Pemakanan Yang Sihat Untuk Penjagaan Gigi


Kepentingan Gigi - Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Gigi ( Huraian Secara Spesifik )

Buah yang kaya vitamin C

buah belimbing, jambu, kiwi, limau bali, limau manis, rambutan strawberi mempunyai kandunan vitamin c yang tinggi untuk menjaga kesihatan gusi.Kajian ada menunjukkan bahawa gusi akan rosak sekiranya pengambilan vitamin c yang kurang mencukupi.

Buah Yang Kaya Dengan Vitamin C

Makanan yang mempunyai vitamin B dan asid folat.

asid folat diperlukan dalam jumlah yang besar untuk menjaga gusi dan seluruh kawasan mulut. Vitamin B didapati pada sayuran hijau dan ragi.
 
Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin B & Asid Folat




Lobak Baik Untuk Kesihatan Gigi
Lobak
kandungan didalam lobak boleh melambatkan aktiviti bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan gigi reput.
 
 Bijan Baik Untuk Tulang Di Sekitar Gusi

 
Bijan
bijan hitam dan putih bermanfaat bagi pertumbuhan gigi. Bijan kaya dengan mineral dan kalsium untuk tulang disekitar gusi.Pengambilan bijan juga boleh membersihkan plak gigi.
 
Keju Menyimbangkan pH Dalam Mulut
Keju
Mampu menyimbangkan pH dalam mulut. pH asid dalam mulut mampu menyebabkan pertumbuhan bakteria yang mendorong gigi berlubang.
Pengambilan keju juga akan membentuk kembali email gigi dan menghasilkan saliva (air liur) yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan gigi reput dan sakit.komposisi karbohidrat dalam keju yang rendah dan tinggi kalsium, dan juga kandungan fosfur mampu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab gigi reput.

Bawang Bombay - Bunuh Bakteria Dalam Mulut
Bawang Bombay
ramai diantara kita yang kurang selesa dengan bau mulut setelah memakan bawang. Namun, mengunyah bawang boleh membunuh bakteria dalam mulut kerana mengandungi sulfur
Bawang Putih - Redakan Sakit Gigi
Bawang putih
Bawang putih mengandung zat tertentu yang dapat meredakan sakit pada gigi.
Seledri - Bunuh Bakteria Streptococccuc
Seledri
makanan yang baik dimakan mentah kerana penghasilan saliva lebih banyak dan mampu membunuh bakteria Streptococcus penyebab gigi berlubang.

Teh Hijau - Bunuh Bakteria Yang Ubah Gula Menjadi Plak
Teh hijau
mengandungi Catechins yang mampu membunuh bakteria dalam mulut yang mengubah gula menjadi plak.

Kepentingan Gigi - Pemakanan Yang Sihat




Jenis Makanan Yang Untuk Kesihatan Gigi
Pilih Makanan Anda Bijak
1. Elakkan snek . Kekerapan boleh menyebabkan plak untuk membina pada gigi anda, yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kaviti.

2. Sebaliknya makan coklat, mengutil sedikit keju sebagai snek. Keju dan susu benar-benar baik untuk mengekalkan gigi yang sihat kerana mereka adalah alkali. Ini counteracts asid yang memakan pada gigi anda.

3. Elakkan makanan bergula dan / atau melekit. Gula suapan bakteria di dalam mulut, yang kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan yang memecahkan enamel gigi.Makan banyak sayur-sayuran, dan air minuman bukan soda atau jus.

4. Ingatlah bahawa jus buah-buahan penuh asid dan gula semula jadi. Terus minum ini ke tahap yang minimum atau hanya minum mereka pada kali makan, apabila air liur mengalir kebanyakan.

Monday, November 5, 2012

Kepentingan Gigi - Cara Menggosok Gigi

Inilah caranya kami menggosok gigi, cubalah!

Adakah anda menggosok gigi dengan cara yang betul?
 
 
 
 
GIGI CANTIK SERLAH SENYUMAN MENAWAN
 
Gigi yang cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Penjagaan gigi dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai. Disebabkan itu, kadang-kadang ada orang sanggup letak gigi besi untuk nampak kelihatan teratur dan kemas.
 
TERDAPAT BANYAK BAKTERIA BERSARANG DI DALAM MULUT
 
Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan mengatakan dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Tetapi tidak semua bakteria tersebut jaha( membahayakan) kerana sebahagian besarnya memang diperlukan untuk membantu percernaan makanan.
Sebab itulah penjagaan gigi amat penting bukan sahaja untuk kesihatan yang baik tetapi memberi keyakinan diri yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Penjagaan gusi dan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka agar sentiasa sihat dan tetap cantik apabila sudah dewasa kelak.
 
Ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk membaik pulih gigi agar kelihatan cantik.
Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Oleh itu adalah penting untuk melindungi, memberi pendedahan mengenai penjagaan gigi ini, dari kerosakan, dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.
 
5. Nabi Muhammad (S.A.W )juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis bahan percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
 
 
PANDUAN PENJAGAAN MULUT BAGI:
BAYI YANG BARU LAHIR - BAYI YANG BERUMUR 2 TAHUN
 
1Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa selepas makan dan sebelum tidor.
2Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu didalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.
3Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jiga gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun
4Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidor.
5Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
6Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida. Umur 2-6 tahun.
 
KANAK-KANAK YANG BERUMUR 2 - 6 TAHUN
 
1Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdsarkan minat dan kebolehan.
2Mula ajr menggunakan floss pada bahagian gigi yang rapat.
3Berjumpa dengan doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
 
KANAK-KANAK YANG BERUMUR 6 - 12 TAHUN
 
1Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dibawah pengawasan ibu bapa. 8 tahun dikira purata umur kanak-kanak sudah boleh berdikari memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri dalam 10 tahun
2Kanak-kanak harus memberus gigi dengan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi. Rasanya di sekolah, ada doktor gigi buat demonstrasi cara untuk gosok gigi yang betul.
 
TIPS UNTUK SEMUA PERINGKAT GOLONGAN UMUR

1Tukar berus gigi dalam setiap 3-4 bulan
2Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur. Selamat menjaga gigi anda, gigi yang cantik dan menawan memberi satu senyuman yang bermakna untuk kita semua.

Sunday, November 4, 2012

Powerpoint & Info Kepentingan Gigi - Bilakah Kanak-kanak Mula Memberus Gigi?




Pemilihan Berus Gigi dan Ubat Gigi Yang Betul



Gunakan berus gigi yang sesuai untuk kanak-kanak :

•          Saiz yang sesuai dengan mulut.
•          Bulu berus yang lembut dan halus.
•          Pemegang berus yang selesa dan boleh dipegang oleh kanak-kanak.
•          Gunakan sedikit ubat gigi berfluorida (sebesar biji kacang soya) apabila kanak-kanak sudah biasa memberus gigi.
•          Ubat Gigi Untuk Kanak-kanak
•          Gunakan ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak sahaja.
•          Jangan benarkan kanak-kanak menggunakan ubat gigi orang dewasa
•          Ini adalah kerana ubat gigi kanak-kanak hanya mengandungi Fluorida pada kepekatan yang rendah (500ppm)
 
 
 
 

Kepentingan Gigi - Bilakah Mula Memberus Gigi



BILAKAH  KANAK-KANAK  MULA  MEMBERUS  GIGI ?
a)    Sebaik sahaja gigi mula tumbuh.
b)    Apabila kanak-kanak sudah pandai memegang berus gigi tetapi perlu diawasi oleh  
       ibubapa terutama semasa berusan yang terakhir pada waktu sebelum kanak-kanak 
       tidur.



Adikku yang tersayang, marilah gosok gigi, ya !
Gigi putih berseri!
Senyuman yang manis!