Inilah caranya kami menggosok gigi, cubalah! |
Adakah anda menggosok gigi dengan cara yang betul? |
GIGI CANTIK SERLAH SENYUMAN MENAWAN
Gigi yang cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Penjagaan gigi dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai. Disebabkan itu, kadang-kadang ada orang sanggup letak gigi besi untuk nampak kelihatan teratur dan kemas.
TERDAPAT BANYAK BAKTERIA BERSARANG DI DALAM MULUT
Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan mengatakan dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Tetapi tidak semua bakteria tersebut jaha( membahayakan) kerana sebahagian besarnya memang diperlukan untuk membantu percernaan makanan.
Sebab itulah penjagaan gigi amat penting bukan sahaja untuk kesihatan yang baik tetapi memberi keyakinan diri yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Penjagaan gusi dan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka agar sentiasa sihat dan tetap cantik apabila sudah dewasa kelak.
Ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk membaik pulih gigi agar kelihatan cantik.
Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Oleh itu adalah penting untuk melindungi, memberi pendedahan mengenai penjagaan gigi ini, dari kerosakan, dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.
5. Nabi Muhammad (S.A.W )juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis bahan percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
PANDUAN PENJAGAAN MULUT BAGI:
BAYI YANG BARU LAHIR - BAYI YANG BERUMUR 2 TAHUN
1 | Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa selepas makan dan sebelum tidor. |
2 | Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu didalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja. |
3 | Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jiga gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun |
4 | Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidor. |
5 | Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain. |
6 | Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida. Umur 2-6 tahun. |
KANAK-KANAK YANG BERUMUR 2 - 6 TAHUN
1 | Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdsarkan minat dan kebolehan. |
2 | Mula ajr menggunakan floss pada bahagian gigi yang rapat. |
3 | Berjumpa dengan doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala. |
KANAK-KANAK YANG BERUMUR 6 - 12 TAHUN
1 | Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dibawah pengawasan ibu bapa. 8 tahun dikira purata umur kanak-kanak sudah boleh berdikari memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri dalam 10 tahun |
2 | Kanak-kanak harus memberus gigi dengan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi. Rasanya di sekolah, ada doktor gigi buat demonstrasi cara untuk gosok gigi yang betul. |
1 | Tukar berus gigi dalam setiap 3-4 bulan |
2 | Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur. Selamat menjaga gigi anda, gigi yang cantik dan menawan memberi satu senyuman yang bermakna untuk kita semua. |
Isi yang menepati tajuk.Melalui blog anda, saya mendapat banyak pengetahuan mengenai cara-cara menggosok gigi dengan betul.Teruskan usaha anda.
ReplyDelete